hiasan


29 Julai 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadan.


Ingat kurma,ingatlah Ramadan.
Ingat Ramadan, ingatlah kurma.
Bersiap sedia menyambut Ramadan.
Dua purnama lagi akan menjelma.

Nampak kurma, nampaklah Ramadan.
Nampak Ramadan, Nampaklah kurma.
Kedatangan Ramadan hebat sambutan.
Gerai jualan tercegat di mana-mana.

Manisnya kurma, manis lagi Ramadan.
Manis Ramadan semerbak dirasai.
Tawaran tempah gerai sedang disusun.
Pilihlah di mana lokasi yang disukai.

Pilihlah lokasi yang disukai.
Untuk anda mencari rezeki.
Rezeki yang halal lagi diberkati.
Dalam setahun hanya sekali.

Susunlah steratigi agar tidak rugi.
Menjual makanan yang berkualiti.
Pada waktu petang bukannya pagi.
Semua larangan harus diingat sendiri.

Rejab dan Syaaban berpuasa latihan.
Dapat pahala dan sihat badan.
Sungguh gembira orang beriman.
Menyambut kehadiran bulan Ramadan.

ini ada 10 cara menyambut kedatangan ramadhan..
1) meninggalkan perkataan dusta dan fasik.
2) menghidupkan malam dengan beribadat (qiamullail).
3) bersedekah.
4) menjamu makannan.
5) banyak membaca al-quran dan menangis ketika membacanya.
6) duduk dimasjid sehingga terbit matahari.
7) iktikaf.
8) mengerjakan umrah.
9) mencari-cari lailatul qadar.
10) memperbanyakkan doa, zikir, dan istighfar.

p/s
”Sesungguhnya hidup ini suatu mimpi dan akhirat adalah kenyataan dan
kematian berada ditengah-tengah kedua hal tersebut”

16 Julai 2011

Hargai Cinta


HIDUP INI ADALAH SEBUAH PERJUANGAN.PERJUANGAN MEMERLUKAN PENGORBANAN.PENGORBANAN PULA MEMERLUKAN KESABARAN.TANPA KESABARAN,SEMUA PENGORBANAN AKAN GAGAL DAN SIA SIA.

3PERKATAAN MESTI WUJUD UTK MENCAPAI KEJAYAAN DAN KEMENANGAN
PERJUANGAN..PENGORBANAN..KESABARAN..

“KEJAYAAN SEMANIS MADU MEMERLUKAN PENGORBANAN DAN

KESABARAN SEPAHIT HEMPEDU”

kita rasa kita dah terlalu teliti dalam menyusun dan mengatur perjalanan hidup kita tp masih ada yg tertinggal dan tergrlincir…..sebagai manusia kita tak kan sempurna selamanya..tp cuba beriktiar melakukan yg terbaik


CINTA..

KEBAHAGIAAN MEMERLUKAN
PENGORBANAN..
KEHIDUPAN LEBIH BERMAKNA BILA KITA IKHLASKAN PERJALANANNYA
BIARKAN DUKA ITU BERLALU
DENGAN LEBIH PENGERTIAN
BELAJAR MENGHARGAI
BIARPUN PAHIT
TERIMA DENGAN TULUS HATI.
KITA HANYA INSAN YANG LEMAH
KITA TAKKAN SEDAR TANPA KESILAPAN
CINTA MENDATANGKAN BANYAK PERSOALAN..
TAPI JANGAN KITA LUPA
IANYA SATU UJIAN BUAT KITA.

Ya Allah, apa yang engkau telah kurniakan kepadaku yang aku sukai, jadikanlah ia sebagai kekuatan untuk melakukan apa yang engkau sukai.

12 Julai 2011

Untuk Abah


Abah,
Terima kasih di atas segalanya
Kau tidah pernah mengeluh
Malah sentiasa tersenyum
Walau digamit keperitan

Abah,
Kini segala pengorbananmu
Hampir terbalas
Anakmu kini berjaya ke menara gading
Dan percayalah
Akan kujunjung setiap pengorbananmu itu
Yang pasti aku tak pernah lupakanya
Dan kini
Aku begitu merinduimu
Walaupun kita berjauhan
Kerana aku perlu meneruskan perjuangan ini
Demi masa depanku dan harapanmu
Namun percayalah abah
Anakmu dirantauan ini
Tidak pernah sesekali melupakanmu
Dan percayalah aku begitu menyayangimu.


Ya Allah,
Berikanlah kekuatan kepada ABAH untuk melewati dugaanMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa.
Berikanlah ABAH kehidupan yang mulia, sehingga ABAH dapat memuliakanMu
Berikanlah ABAH hati yang sentiasa ikhlas dan kuat menerima setiap amanahMu
Berikanlah ABAH dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dariMu

Ya Allah,
Jadikanlah aku anak yang soleh, sehingga aku dapat menjadi pembuka gerbang syurga untuk ABAH.

Dan aku berdoa untuk ABAH
Berikanlah ia umur yang barakah, sehinga tiap detik waktunya tak sia sia di mataMu. Amin.


07 Julai 2011

Menangislah Sebelum Terlambat


Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah:

1) Pemimpin yang adil
2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah
3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid
4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya
5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah
6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi (ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui
7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya
~Riwayat Bukhari dan Muslim~

Air mata hanya berguna di dunia. Di akhirat, ia sudah tidak bermakna. Di neraka, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kita ke dunia untuk beramal semula.

Di dunia jugalah kita hendak membanjiri jiwa kita dengan tangisan untuk melenturkannya.

Menangislah, jangan sesekali kita ego untuk menitiskan air mata.

Kita hamba berdosa, tidakkah kita terasa hina??

Kita mampu menangis pedih kerana putus cinta, gagal dalam ujian, permintaan tidak dipenuhi dan sebagainya. Kenapa kita tidak mampu menangis atas perkara yang bersangkutan dengan kematian kita, syurga neraka kita, dan Tuhan kita?

Abu Bakar ra pernah berkata: “Menangislah. Jika tidak mampu, maka buat-buatlah menangis”

Pernahkah kita menangis ikhlas kerana-Nya?? Allah....

Sesungguhnya kita masih punya masa..

Sebelum mata tidak mampu mengeluarkan airnya semula..

suburkanlah rasa keTuhanan, tingkatkanlah rasa kehambaan..

Allah...Allah..Allah ya Allah... tuntunilah setiap percakapan dan perbuatanku ya Allah..

Puisi Untuk Abah


Abah,
Jika engkau mengajarku berkata-kata,
Nescaya aku akan menjadi seorang pendusta,
Tapi jika engkau mengajarku alif bata ta,
insyaAllah aku akan menjadi seorang pendeta.

Abah,
Jika engkau mengajarku bergurindam,
Nescaya aku menjadi seorang pendendam
Tapi jika eangkau mengajarku muqaddam,
insyaAllah aku akan belajar sampai khatam.

Abah,
Jika engkau mengajarku berlari,
Nescaya aku menjadi seorang pencuri,
Tapi jika engkau mengajarku mengaji,
insyaAllah aku akan menjadi da'ie.

Abah,
Jika engkau mengajarku bertutur.
Nescaya aku menjadi seorang lupa bersyukur,
Tapi jika engkau mengajarku bertafakur,
insyaAllah aku takkan menjadi seorang yang kufur.

Abah,
Jika engkau yang mengajarku huruf rumi,
Nescaya aku menjadi pencinta duniawi,
Tapi jika engkau mengajarku huruf jawi,
insyaAllah aku akan mangejar ukhrawi.

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik untuk abah ku, kau sejahterakanlah hidupnya, dan kau kurniakanlah kekuatan untuk abah dalam menempuhi segala ujian yang diberikan olehMu. Ya Allah, aku juga bermohon agar kau ampunkan segala salah silap abahku, panjangkan umur abahku dan permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat kelak.Amin Ya Rabbal Alamin.

Hak Cipta