hiasan


26 Mac 2012

6 PERKARA YANG LELAKI CARI DARI SEORANG WANITA


Lelaki ingin wanita yang boleh berikan rasa cinta pada mereka
Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.

Lelaki ingin cari wanita yang menarik
Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.

Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka
Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.

Lelaki ingin cari wanita yang setia
Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.

Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya
Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.

Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka
Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.

20 Mac 2012

5 Syarat Nak Buat Maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.

Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu

melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama,

jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata,

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu

selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim,

"kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya
,
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,

sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang

tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana

mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih

berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah

kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal

soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan

mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan

Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak

mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak. 


Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain

12 Mac 2012

‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan

anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita

akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu

digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita,

sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang

boyot!!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita.

Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan

dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.


11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita

akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita

yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita

amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang

menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas

adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita

anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

03 Mac 2012

‎22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda



1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang

telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan

nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada

emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi

rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu

kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Harga pengorbanan seorang IBU dan seorang ANAK..


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur

lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis

sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di

aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak

lalu membacanya . KOs upah

membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si

mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap

wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada

mukasurat yang sama ditulisnya .

Hak Cipta