hiasan


14 November 2012

PETUA MELAYAN SUAMI UNTUK MENGELAKKANNYA KAHWIN LAIN


1. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.



2. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.


3. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya.

4. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bergurau senda. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah S.W.T.

13 November 2012

Isteri-isteri Rasulullah SAW


 1. Khadijah

Khadijah yang menikahi Nabi (25 tahun) saat dia sudah berusia 40 tahun. Khadijah binti Khuwailid adalah seorang wanita pedagang yang mulia dan kaya raya. Nabi adalah seorang pemuda miskin yang hanya sekadar penggembala.

Selama hidup dengan Khadijah, Nabi hanya mempunyai seorang isteri saja sampai akhirnya Khadijah wafat.

Pernikahan Nabi dan Khadijah berlangsung 25 thn setelah kepulangan beliau dari Syam.


2. Aisha

Aisha RA adalah anak perempuan Abu Bakar yang dinikahi oleh Nabi saat berusia sekitar 7-9 tahun m. Tetapi kerana usia yang masih terlalu muda, Nabi hanya mula tidur dengan Aisha ketika berusia 9 tahun. Sewaktu menikahi Aisha, usia Nabi saat itu sekitar 50 tahun. Tentang umur perkahwinan Aisha ini masih menimbulkan kontroversi, akan kita dibincangkan di posting berikutnya.

Pernikahan ini diperkitakan terjadi pada tahun 620 M, beberapa bulan selepas kematian Khadijah, isteri pertama Nabi.

Ia hidup sampai akhir hayat Nabi. Ketika Nabi wafat, dia berumur 18 tahun, ia meninggal diumur 57 tahun.


3. Hafsah

Hafsah adalah putri dari Umar. Sebelum berkahwin dengan Nabi, Hafsah sebelumnya telah berkahwin dengan Khunais yang gugur ketika perang Uhud. Pernikahan dengan Nabi dilakukan sekitar 7 bulan selepas Hafsah menjanda.

Khunais gugur sebagai pahlawan syuhada dalam perang Uhud, maka tinggallah Hafsah sebagai janda mujahidin dalam usia 18 tahun.

Hafsa dinikahi Nabi di tahun 625, 3 bulan selepas penghijrahan ke Madinah. Dia berumur 19 tahun dan Nabi berumur 55 tahun ketika berkahwin. Dia hidup bersama Nabi selama 8 tahun sampai akhirnya Nabi meninggal pada tahun 669 pada umur 63.


4. Zainab bint Jash

Sebelum berkahwin dengan Nabi, Zainab adalah bekas menantu Nabi dari anak angkat, Zaid bin Haritha. Zainab adalah satu-satunya isteri Nabi yang langsung dijodohkan oleh Allah SWT kepada Nabi serta membukukannya dalam Al-Qur'an.

Nabi saat menikah dengan Zainab berusia 58 tahun, Zainab berusia sekitar 35 tahun. Zainab meninggal tahun 641 setelah wafatnya Nabi.


5. Safiah

Dalam peperangan di Khaibar, pasukan Rasullullah menakluk kaum Yahudi Khaibar. Akibat peperangan tersebut Safiah yang baru berusia 17 tahun kehilangan suaminya yang bernama Kinanah yang baru menikahinya 1 bulan. Safiah yang cantik jelita kemudian diambil sebagai isteri oleh Nabi.

Safiah sebelumnya hendak diambil oleh Dihyah, namun setelah Rasul mengetahui betapa Safiyah hanya layak bagi Rasul, maka Rasul memutuskan untuk menikahi Safiyah. Sebagai gantinya, Rasul memerintahkan Dihyah untuk menikahi tawanan wanita yang lain.

Safiyah dinikahi oleh Rasul ketika dia berumur 17 tahun dan Nabi waktu itu berusia 58 tahun. Pernikahan dilangsungkan pada hari yang sama setelah ayah dan suaminya wafat dalam pertempuran. Dia hidup bersama Nabi selama 4 tahun, dan berumur 21 ketika Nabi wafat.

Safiyah wafat pada tahun 673 pada umur 60 tahun.


6. Juwariya

Dalam salah satu peperangannya, pasukan Rasul berjaya mengalahkan suku Mustaliq yang dipimpin oleh Harith, anaknya yang bernama Juwariya menjadi tawanan. Dalam salah satu kesempatan Juwariya ingin menemui Nabi untuk membicarakan pembebasannya. Saat itu Nabi sedang berada di rumah Aisah dan penyelesaian yang diajukan Nabi untuk melindunginya adalah dengan menikahinya.

Nabi menikahinya pada tahun 628, ketika Nabi berusia 58 tahun dan Juwairiah 20 tahun. Juwariya berkahwin dengan Nabi selama 4 tahun sampai Nabi wafat.


7. Maria Qibtidaiya

Maria adalah seorang budak wanita yang diberi sebagai hadiah untuk mengikat tali shilaturahmi dari seorang gabenor Mesir kepada Nabi. Maria Qibtidaiya adalah seorang wanita yang cantik.

Tidak ada catatan rasmi tentang status pernikahan ini tentang berapa usianya saat dinikahi, namun ada yang menyebutkan bahawa usia Maria waktu dinikahi Rasul adalah sekitar 20 tahun.

Maria meninggal lima tahun selepas meninggalnya Nabi SAW.

Dianggarkan perkahwinan Maria dan Nabi terjadi pada sekitar tahun 7/8 H. Maria melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Ibrahim tetapi anak lelaki satu-satunya ini meninggal pada tahun 10 H.


8. Hindun binti Abu Umaiyah / Ummu Salamah

Hindun adalah janda dari Abu Salmah yang mempunyai 4 oang anak. Abu Salmah sendiri meninggal di tahun 4 H. Setelah menjanda banyak lelaki yang ingin meminang Hindun diantaranya adalah Abu Bakar dan Umar. Namun pinangan kedua lelaki ini ditolak oleh Hindun. Kemudian barulah Nabi mengajukan pinangan yang diterima oleh Hindun. Pernikahan dilaksanakan tahun 4 H bulan Syawal. Hindun meninggal sekitar tahun 59 H dalam usia 84 tahun.

Hindun dinikahi Nabi ditahun 4 H, ketika Hindun berusia sekitar 30 tahun, dan Nabi 56 tahun.


9. Raihana

Dalam perang melawan kaum Yahudi bani Quraiza, pasukan Rasul berjaya mengalahkan pasukan musuh. Akibat dari perang ini, maka banyaklah janda-janda yang memerlukan perlindungan. Satu dari wanita yang menjadi janda adalah Raihana yang sangat cantik.

Tidak jelas berapa usia Raihana saat menikahi dengan Nabi.


10. Saudah

Tidak ada data yang tepat tentang usia Saudah saat menikah dengan Nabi. Saudah meninggal tahun 54 H dalam usia sangat banyak yang bererti 44 tahun sudah nabi wafat. Saudah sendiri diceritakan sebagai wanita yang tidak menarik dan digambarkan sebagai wanita yang amat besar, lebih tinggi di antara wanita, dan dia tidak dapat menyembunyikan dirinya dari sesiapa yang telah mengenalinya.

Diriwayatkan oleh Aisha: Manakala Rasulullah ingin berpergian, dia akan mengundi siapa isterinya yang akan menemani dia. Dia akan membawa isteri yang namanya terundi. Dia biasanya menetapkan kepada setiap dari mereka satu hari dan satu malam. Tetapi Sauda bint Zam'a melepaskan (gilirannya) siang dan malam dia kepada Aisha, isteri Nabi, demi untuk mencari kesenangan Rasulullah (dengan perbuatan demikian)


11. Zainab binti Khuzaimah

Zainab binti Khuzaimah (bukan binti Jash) adalah janda dari Ubaid bin Haris yang meninggal ketika perang Uhud. Pergaulan rumah tangga Rasulullah dengan Zainab tidaklah berlansung lama. Setengah riwayat mengatakan hanya selama 8 bulan, ada pula yang menyampaikan sekitar 4 bulan saja. Para sejarawan mengatakan bahawa Zainab meninggal dalam usia 30 tahun pada tahun ke 4 hijrah. Tidak ada catatan rasmi tentang mengapa Zainab meninggal di usia yang begitu muda.


12. Ramlah binti Abu Sufyan / Ummu Habibah

Ramlah adalah anak Abu Sufyan yang dinikahkan dengan Abdullah bin Jahasy yang dikurniakan seorang anak perempuan. Mereka termasuk golongan yang ikut hijrah ke Habasyah (Ethopia). Namun di Habsyah Abdullah bin Jahasy pindah agama menjadi Nasrani dan jadilah Ramlah hidup sendiri. Oleh kerana Rasul menolong Ramlah dengan cara menikahinya pada tahun 7 H, saat itu Ramlah telah berusia 40 tahun.


13. Maimunah

Maimunah adalah isteri terakhir Nabi SAW. Berasal dari keluarga bangsawan Quraish. Saat Nabi SAW melakukan ibadah haji pada tahun 7 H, maka oleh bapa saudaranya yang bernama Abbas bin Abdul Muthalib dicadangkan agar Nabi menikahi Maimunah yang akan menguatkan ikatan persaudaraan. Nabi bersetuju dan perkahwinan dilakukan di Saraf sektiar 10 km dari Mekah. Usia Maimunah saat itu sekitar 30 tahun.

Maimunah adalah janda dari Aba Rahim bin Abdi I'zzi.

11 November 2012

Sebab Jin merasuk manusia

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah S.W.T.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan di dalam rumah.
3. Meninggikan suara dalam bilik air.
4. Menangis dan merintih sebelum tidur.
5. Membuang air panas ke dalam bilik air.
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah.
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan.
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan.
9. Selalu bertengkar antara suami isteri.
10. Terlampau marah.
11. Mengikut hawa nafsu.
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah.
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir.
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah S.W.T.
15. Perempuan suka bersolek.
16. Berlaku perjanjian sihir antara jin dan tukang sihir.
17. Jin jatuh cinta pada manusia.
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

 Tanda manusia dirasuk jin :

1. Sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

2. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

3. "Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat," katanya.

4. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

5. Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Hak Cipta