hiasan


24 Mac 2010


Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Motivasi

.
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


p/s : Saidina omar pernah cakap "Muhasabahlah kamau sebelum kamu dimuhasabah"....

23 Mac 2010

Azimat Buat Lelaki


Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON


Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR


Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH


Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah



4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN


Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.



5. KETIKA
MALAM PERTAMA


Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.



6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA


Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.



7. KETIKA BIDUK
RUMAH TANGGA GOYANG


Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan



8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.


Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.


Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.



10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM


Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.



11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG


Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita



12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI


Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.



13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI


Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA
MENDIDIK ANAK


Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....



15.KETIKA ANAK BERMASALAH


Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.


Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.



17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS


Gunakanlah formula 7 K


1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran


p/s : Macam mane? Da sedia lum? hahaha.. Jom try.....

19 Mac 2010

Ajal Diri Ini



Setiap waktu yang kita lalui
Membuat jarak ajal semakin dekat
Namun mengapa kita yang terlena
Seakan hidup tak kan berakhir

Namun maut pastikan menjemput
Tiada luput walaupun seorang
Beringatlah teman jangan kau lupakan
Ini pesan ajal kematian
Sungguh menyakitkan

Seluruh tubuh akan terbujur kaku
Tiada lagi tempat memohon ampunan
Hanya amal baik yang menjadi teman
Oleh itu jangan abaikan

Ya Allah Ya Robbi lindungi hambamu ini
Dari kematian yang shuul qotimah
Ya Allah yang pengasih
Berkati umurku ini
Kumohon pada-Mu yang husnul qotimah

Namun maut pastikan menjemput
Tiada luput walaupun seorang
Beringatlah teman jangan kau lupakan
Ini pesan ajal kematian
Sungguh menyakitkan

Seluruh tubuh akan terbujur kaku
Tiada lagi tempat memohon ampunan
Hanya amal baik yang menjadi teman
Oleh itu jangan abaikan

Ya Allah Ya Robbi lindungi hambamu ini
Dari kematian yang shuul qotimah
Ya Allah yang pengasih
Berkati umurku ini
Kumohon pada-Mu yang husnul qotimah
Amin Ya Robbi alamin.

P/S : Kita bila lagi yer...

18 Mac 2010

Perkara Yang Selalu Dipersoalkan.......



Bila nak kawin??? Di sini orang bertanya Di sana orang menyoal Tak kira teman mahu kenalan Asyik-asyik itu je yang jadi bualan Begitulah nasib orang bujang Tak kira lelaki mahupun perempuan Bila nak kawin??? Keluarga pun dah mula risau Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak atau bujang lapok Si dara, ayah takut bergelar andalusia Bila nak kawin??? Jiran turut sama menumpang tanya Bila dijawab jodoh belum ada Kata mereka, kita kenalah usaha Mandi bunga salah satu caranya Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya) Bila nak kawin??? Aduuuhh...aku disoal lagi Kawin??? Nak kawin dengan sapa? Calon pun takde. Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ bini kau, baru padan muka) Bila nak kawin??? Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa) Andai memilih suami/isteri semudah bershopping di pasar malam Atau semudah membeli VCD cetak rompak Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y) Bila nak kawin??? Aaahhh....sungguh aku bosan Banyak yang lain boleh jadi persoalan Kenapa asyik itu yang dihadapkan Apa kita nak heran Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan. Bila nak kawin??? Pada yang masih bujang Biarkanlah mereka terus bertanya Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..) Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana. Bila nak kawin??? Pada yang asyik menanya Usah dirisaukan jodoh orang Jaga masjid sendiri agar tidak goyang Lain orang lain rezekinya Syukurlah dengan apa yang kita ada.


P/s: so paham2 la ye shbtku sekalian....
hehehehe

16 Mac 2010

DOA UNTUK KEKASIH


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku.... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah..... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini..... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. ..

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...


Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang..... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku..... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. ... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... . Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

10 Mac 2010

Renungan Buat Sahabat


Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah MusaApalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampanYusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.




06 Mac 2010

DETIK UMUR



DETIK UMUR



Masa berjalan begitu laju
Tidak pernah berhenti walaupun sedetik

Ertinya detik umur kita meninggalkan kita

Kalau begitu setiap detik umur kita berkurang

Tapi kita tidak terasa

Setiap detik dunia meninggalkan kita jauh
Setiap detik pula akhirat mendekati kita
Kalaulah kita cintakan dunia

Apa yang kita cinta makin jauh terpisah

Sedangkan Tuhan dan akhirat Tidak pernah kita cinta,
Makin dekat
Alangkah terseksanya jiwa
Meninggalkan apa yang disuka dan dicintai

Bertambah terseksa lagi yang dihadapan kita

Tidak pernah kita cinta

Ertinya kita pergi ke akhirat tidak membawa apa-apa

Yang kita cinta hendak ditinggalkan

Yang tidak cinta akan berhadapan

Aduh!
Dua kali penderitaan

Meninggalkan yang kita cinta

Hendak bertemu dengan yang tidak kita cinta

Hak Cipta