hiasan


26 Februari 2011


Raut wajah mempesona
Ringankan beban di pundaku
Menyambut dengan senyum terindah
Kaulah Malaikat Sukmaku

Tubuh mu mulai berubah
Semakian renta dan rapuh
Terlihat garis perjuangan yang teguh
Memberi cinta yang tak pernah berubah

Ayah ibu tercinta
Telah kau korbankan semua
Mendidik dan membina
Hingga ku kini dewasa

Kan kubaktikan diriku
Untuk mu malaikat sukmaku
Aku hanyalah angin lalu
Tanpa perjuangan mu

Ayah Ibu tercinta
Biarlah kini ku yang menjaga
Membalas semua jasa
tak terhingga

Kau sungguh berarti
Kesempurnaan cinta kau beri
Aku menyayangi dan berbakti kepadamu
Dalam senyum dan tangisku
Aku mencintaimu dalam hidup dan perjalanku

14 Februari 2011

Salah Erti Dalam Percakapan


Lelaki dan wanita dua insan yang saling memerlukan. Namun perbezaan ketara di antara makhluk berdua ini ialah lelaki bercakap hanya perkara yang ringkas tetapi wanita pula lebih meleret-leret sehinggakan ada kalanya timbul masalah dalam sesuatu hubungan. Berikut bebrapa perkara yang lelaki cakap tetapi sering disalah erikan oleh kaum wanita :-

LELAKI CAKAP : " Saya ingin keluar dengan kawan-kawan. . " APA YANG WANITA FAHAM : Kalau berjumpa kawan-kawan mesti lelaki akan memperbualkan hubungan anda yang semakin mesra dan saling menyayangi. KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU : Bila keluar bersama kawan-kawan, wanita biasanya akan berbincang pasal teman lelaki masing-masing. Mereka akan bercerita akan kelebihan teman lelaki dan apa juga hal yang berkaitan dengan mereka. Pada hal lelaki sebenarnya tidak akan menyentuh langsung akan hal ini bila keluar dengan kawan-kawan mereka kerana hal ini dianggap remeh temeh kerana lelaki lebih suka bercerita tentang bola sepak, teknologi terkini dan sebagainya. APA YANG LELAKI PATUT CAKAP : Bila anda ingin keluar dengan kawan-kawa, beritahu terus terang dengan pasangan, siapa kawan anda, bagaimana sikap mereka dan kalu boleh beritahu dengan lebih terperinci supaya wanita fahan dan tahu yang anda sebenarnya tidak akan bercakap hal mereka sebenarnya.

LELAKI CAKAP : " Dia hanya kawab biasa.." APA YANG WANITA FAHAM : Kawa niasa atau kawan luar biasa yang boleh dibawa ke ranjang. KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU : Ramai wanita tidak mempercayai lelaki apatah lagi bila lelaki keluar berdua-duaan dengan wanita lain tanpa kehadiran kekasih. Ini kerana lelaki biasanya jenisyang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan seorang wanita. APA YANG LELAKI PATUT CAKAP : Apabila anda hendak keluar bersama kawan-kawan perempuan yang lain tanpa kehadiran kekasih, pastikan anda memberitahu pasangan dengan jelas dan terang, dengan siapa anda keluar, namanya apa, tinggal di mana, bagaimana hubungan anda berdua dan sebagainya agar kekasih tidak terasa dirinya ditinggalkan atau diabaikan.

LELAKI CAKAP : "Senyuman anda cukup menawan hati (atau memuji apa saja berkaitan bentuk tubuh kekasihnya)" APA YANG WANITA FAHAM : Tentu lelaki sudah melakukan kesalahan dan sebab itulah beria-ia memuji. KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU : Lelaki terutama yang bukan jenis romantis, biasanya sangat jarang memuji teman wanitanya mahupun juga isteri. Namun apabila lelaki tiba-tiba memuji, seolah-olah ada sesuatu yang lelaki kehendaki atau telah melakukan kesalahan yang menuntut permohonan maaf daripada pasangannya. Justeru itu bila lelaki mula memuji, tentua ada yang tidak kena. APA YANG LELAKI PATUT CAKAP : Tidak dinafikan, lelaki memang sudah dilahirkan sebagai makhluk yang menggunakan akal fikiran tatkala mengeluarkan bicara. Mereka hanya akan bercakap perkara yang perlu atau penting sahaja dan tidak akan meleret-leret malah ada sesetegah lelaki juga yang tidak romantis dan tidak suka cakap benda yang meleret-leret. Justeru itu, niat anda ingin memuji pasangan tidak salah, kalau boleh lakukanlah selalu agar pasanganatau teman wanita anda tidak beranggapan yang anda memuji mereka ketika berkehendakkan sesuatu sahaja. Pamerkan keikhlasan hati tatkala memuji dan barulah pasangan rasa dihargai.

LELAKI CAKAP : "Masakan yang anda masak mengingatkan saya kepada mak…" APA YANG WANITA DENGAR : Anda mahu membandingkan saya dan mak awak sebenarnya. KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU : Kadangkala wanita rasa terdesak apabila lelaki atau suami sering memuji masakan emak mereka dan tidak pada masakan yang anda masak. Memang sifat semulajadi wanita yang sering suka membanding- bandingkan, siapa yang paling cantik, paling kurus, paling menawan dan sebagainya dan semua ini dianggap sebagai satu perlawanan yang harus dimenangi. APA YANG LELAKI PATUT CAKAP : Sifat semulajadi wanita yang tidak suka dibandingkan dengan sesiapa hatta ibu mertua atau sebagainya. Justeru itu, apabila anda ingin memuji pasangan, beritahu bahawa masakan yang dimasaknya sangat enak malah melebihi keenakan yang dimasak oleh emaknya sendiri.

LELAKI CAKAP : "Sekadar menelefon dan mahu bertanya khabar…" APA YANG WANITA DENGAR : Apa bukannya mahu bertanya khabar sebaliknya mengesyaki mereka sesuatu. KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU : Sama seperti wanita yang memiliki sifat cemburu agak keterlaluan, wanita juga berfikiran sama apabila seseorang lelaki menelefon dan bertanyakan khabar walaupun anda baru saja bertemu sebentar tadi. APA YANG LELAKI PATUT CAKAP : Sebelum menelefon bertanyakan khabar atau sekadar bertanya "hai" pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk menelefon pasangan agar mereka tidak curiga tujuan anda menghubunginya. Kalau boleh mesti ada cerita dan jangan sekadar mahu berbual kosong sahaja.

03 Februari 2011

Pemimpin yang sejati


Pemimpin yang sejati itu
dilantik bukan kerana menonjol diri
bukan hasil melobi
Tapi kerana pautan hati
sebab dia ada karisma dan bagus personaliti.

Jarang jarang kita dapat pada akhir zaman ini,
seorang pemimpin yang berhimpun padanya
sifar sifat adil, mesra, kasih sayang dan pemurah.

Tak akan berlaku adil
seseorang pemimpin Islam
jika dia tidak ada rasa takut akan ALLAH
dan tidak bimbang dengan dosa.

Pemimpin yang takut ALLAH,
akan minta di bantu untuk menegakkan kebenaran
dan minta di tegur kalau bersalah.
Ia tidak menyebut jasanya,
dan tidak banyak membuat janji janji manis.

Berani waktu berkuasa,
bukan keberanian yang hakiki dan semula jadi.
Keberanian yang hakiki dan semula jadi itu
ialah berani menegakkan kebenaran,
bila bila masa dan di mana saja
sekali pun tanpa kuasa.

Bilamana dalam satu bangsa itu sudah terjadi berparti parti,
setiap parti hanya bergaul dengan partinya saja,
tandanya bangsa itu sudah berpech belah.

Kebanyakkan pemimpin rosak selepas berkuasa,
kerana tidak tahan berhadapan dengan pangkat
dan harta.

Pemimpin politik orang hormati sewaktu ia masih berkuasa,
apabila tidak ada kuasa orang tidak ambil peduli,
tidak saperti pemimpin agama,
ia di hormati sampai mati.

Antara kelemahan seorang pemimpin politik itu ialah
pengikutnya takut kepadanya kerana kuasanya
bukan kerana hormat kepadanya.

Hak Cipta