hiasan


25 Oktober 2012

Kejujuran


Kejujuran boleh dikategorikan kepada 3 bahagian:
Pertama: Kejujuran dalam berkata kata iaitu bersesuaian dengan realiti keadaan sebenar.
Kedua: Kejujuran dalam perbuatan iaitu kesesuaian antara kata kata dengan perbuatan
Ketiga: Kejujuran dalam NIAT iaitu kejujuran tertinggi dimana ucapan dengan perbuatan semuanya dilakukan hanya niatnya untuk ALLAH.
Suatu ketika seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah mungkin seorang Mukmin itu kedekut?. Rasulullah SAW  menjawab, “Mungkin sahaja.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang Mukmin bersifat pengecut?” Rasulullah SAW menjawab, “Mungkin sahaja.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah mungkin seorang Mukmin berdusta?” Rasulullah SAW menjawab “Tidak” (HR Imam Malik dalam kitab Al Muwaththa)

18 Oktober 2012

Ada Apa Dengan 3??

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali : 

1. Waktu

 
2. Kata-kata 


3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang : 



1. Kemarahan 



2. Keangkuhan 



3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang : 



1. Harapan 



2. Keikhlasan 



3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga : 



1. Kasih Sayang 



2. Cinta 



3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :



1. Kekayaan 



2. Kejayaan 



3. Mimpi.



Ada 3 Hal yang membuat kita sukses : 



1. Tekad 



2. Kemahuan 



3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu : 



1. Rezeki 



2. Umur



3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu : 



1. Tua 



2. Sakit 



3. Kematian.

04 Oktober 2012

BEZA SUKA DAN CINTA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita kan gembira.
Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita kan tunjukkan imej diri kita yang sebenar.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.
Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka pula bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata.

Hak Cipta