hiasan


30 November 2011

Doaku buat kekasih


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

27 November 2011

Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1433Hijri bersamaan 26 NOv 2011..




Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

18 November 2011

Tips Tidak Sombong Dan Angkuh


Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat Sombong, Angkuh dan Buruk Sangka:

?Jika kita berjumpa dengan KANAK-KANAK, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Belum Banyak Melakukan Dosa daripada kita

? Apabila bertemu dengan ORANG TUA, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Sudah Lama Beribadat

?Jika kita berjumpa dengan ORANG BERILMU(Berilmu), anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana Banyak Ilmu yang Mereka Pelajari dan Ketahui

? Apabila bertemu dengan ORANG JAHIL, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Melakukan Dosa dalam keadaan Jahil(Tidak Mengetahui)

?Jika kita berjumpa dengan ORANG JAHAT, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin satu hari nanti mereka akan Insaf dan Bertaubat daripada Melakukan Dosa

? Apabila bertemu dengan ORANG KAFIR, katakan di dalam Hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi Hidayah oleh Allah untuk Memeluk Agama Islam, maka segala Dosa mereka akan Diampunkan oleh Allah...

- MUHASABAH DIRI -

13 November 2011

8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik


1) Tuntutan agama - Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa -Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang -Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir - Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis -Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat -Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal” - Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati - Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

p/s..Bagi yang sudah terbuka hati dan menerima hidayah dari Allah untuk bertudung, TAHNIAH...

04 November 2011

Yang Mana Pilihan Anda???


LELAKI NAK CARI AWEK

ø Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
ø Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
ø Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
ø Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
ø Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
ø Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang ~
ø Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik



LELAKI NAK CARI ISTERI

ø Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
ø Reti hormat orang tua
ø Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
ø Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
ø Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
ø Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
ø Nak yang SUCI jer ! Ada DARA tu WAJIB !

01 November 2011

Antara 7 Sunnah Nabi


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Hak Cipta