hiasan


29 Oktober 2010

Tips Pikat Isteri


1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarikh lahir isteri.

2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.

3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir.

4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin.

5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri.

6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri.

7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri.

25 Oktober 2010

Pentingnya Bahasa Cinta Pada Anak


Di dalam ruang kelas, dirumah atau sedang berkumpul. Bagi anak semuanya sama. Belajar! sebab belajar berarti bermain dan berbuat. Penggunaan bahasa cinta pada anak menjadi sangat penting bagi anak akan mempengaruhi karakter anak kelak mereka menjadi Insan mulia.

Paling tidak ada 5 bahasa cinta pada anak.

1. Kata Pujian.

Kata pujian, motivasi, harapan buat anak begitu sangat penting dalam proses belajar membangun karakter pada dirinya. Misalnya, "Adik sekarang sudah rajin solat ya.."kata itu sebagai penghubung yang kuat yang boleh terus terekam pada memori anak hingga kelak mereka dewasa bahkan kata pujian juga menambah keparcayaan diri pada anak.

2. Sentuhan yang tulus.

sentuhan seperti mencium anak sewaktu tidur, memegang tangan, menggendong,memeluk secara emosional dapat meningkatkan kualitas hubungan anda dengan sang anak.

3. Berikanlah Hadiah Kejutan

Bahasa cinta dalam proses belajar salah satu yang terpenting adalah memberikan hadiah. Gunakan pada moment-moment khusus, seperti lulus dalam peperiksaan, menang dalam perlumbaan atau berprestasi dalam bidangnya. Hal itu akan mendorong anak agar terus berprestasi.

4. Luangkan waktu

Bahasa cinta pada anak juga akan diertikan ketika meluangkan waktu, seperti setiap petang jalan-jalan. Bagi anak kehadiran anda sangatlah didiperlukan secara fisik. namun juga yang terpenting adalah meluangkan waktu secara berkualitas. Bercerita, atau apa- sahaja sangat mudah dimengerti bagi anak sebagai bahasa cinta.

5. Memberi Contoh

Bahasa cinta pada anak yang lebih effektif adalah memberikan contoh perilaku anda sebagai ayah dan ibu dengan saling mencintai. memberikan contoh pada anak dengan membiasakan diri memanggil dengan kasih sayang akan mudah dipahami oleh anak.

Dalam beberapa hadis dapat kita temui bagaimana Rasulullah SAW. menyentuh perasaan anak dengan cara membelai kepala atau pipi mereka sehingga mereka merasa mendapatkan sentuhan nikmat kasih sayang dan kelembutan. Mush'ab bin Abdullah pernah berkata, "Abdullah bin Tsa'labah dilahirkan empat tahun sebelum Hijrah. Ia dibawa kepada Rasulullah SAW. pada tahun Fath. Beliau pun membelai wajahnya dan memohonkan keberkahan baginya."

20 Oktober 2010

6 Sifat buruk isteri yang mesti dirawat


1. Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini sering menyatakan,”Aku membuat itu keranamu”.

3. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

p/s : macam mana dengan pembaca semua, ada ke tidak sifat2 diatas kat diri kita? kalau ada kenalah berubah..mintak tolong suami untuk didik kita..

08 Oktober 2010

Kuasa Pujuk Rayu Seorang Perempuan... .


Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.

2. Anthony dan Cleopatra

3. Hitler dan Matahari

4. Samson dan Delila

5. Abu Lahab dan Hendon


Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.

2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.

3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.

4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.




KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih

kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:


"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?"

Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

01 Oktober 2010

Sakaratul Maut...


Gangguan syaitan ketika menghadapi sakaratul maut.


Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud:
"Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut."


Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang di dalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang di dalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik

Hak Cipta