hiasan


28 November 2010

"Lelaki itu susah!!".Kata segelintir wanita..


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar.

p/s : coretan ini dibuat atas analisis saya terhadap siswa/wi2 di IPTA/S..

23 November 2010

Kenapa Doa Kita Tidak Dimaqbulkan?..


Pernah orang bertanya Ibrahim At’ham ( seorang Ahli Tasauf yang Masyhur ), mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah, pada hal mereka selalu berdoa.
Jawapan beliau adalah seperti berikut :-


1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan Haknya.
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak berAmal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi, kamu tidak tunaikan Syukurnya.
5. Kamu telah berkata Syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya. \
6. Kamu telah berkata bahawa Syurga itu benar, tetapi kamu tidak Beramal Untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa Neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk
mengelaknya.
8. Kamu telah berkata bahawa Mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia ubtuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa
keaiban kamu sendiri.
10. Kamu Kuburkan Mayat, tetapi kamu tidak mengambil Iktibar daripada mereka.




SYARAT-SYARAT DOA SUPAYA DIMAKBULKAN


1. Berdoa didalam keadaan suci daripada Hadas dan Najis.
2. Memohon perkara perkara kebajikan
3. Disertai oleh rasa penyesalan diatas Dosa2 yang lalu
4. Pada waktu-waktu tertentu seperti lepas sembahyang Fardhu, wahtu tengah Malam
5. Hari Jumaat ( paling baik berdoa antara dua Khutbah )
6. Dengan Khusyuk elok sangka dengan Allah
7. Hidup dengan makanan yang Halal
8. Tiada meminta perkara maksiat
9. Menyeru nama Allah yang munasabah dengan hajat yang diminta
10. Mengkasa dengan mengulang-ulang permohonan itu.

15 November 2010

2010 : Musim Haji Tiba Lagi


Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat
dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu


Musim haji tiba lagi dan berjuta juta umat Islam yang bertuah berlumba lumba untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah. Masing masing punya kisah dan jalan cerita tersendiri sebelum dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima dan juga untuk berada lebih dekat lagi dengan Yang Maha Berkuasa.

Setiap kali melihat gambar Kaabah dan orang yang berpusu pusu mengerjakan ibadah haji atau umrah, hati jadi sebak tiba tiba sambil berdoa agar giliranku cepat menjelma untuk menjejak kaki ke Tanah Suci hanya Allah sahaja yang tau. Ya Allah aku amat merindui baitullahMu.

Doaku mengiringi pemergian setiap insan bertuah yang berpeluang berkunjung ke Tanah Suci tahun ini agar mendapat haji yang mabrur. Insya'Allah...




13 November 2010

Hikmah angka dalam islam


ANGKA 1: Istiqamah itu satu jalan .awalnya kemulian,pertngahan ya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.
ANGKA 2: Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar : 1)Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah}terutama d malam hari. 2)Darah para syuhada d medan jihad fisabilillah.
ANGKA 3: Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW: 1)Bau-bauan yang harum{wangi} 2)Isteri yang solehah 3)Cahaya mataku d dalam sembahyang.
ANGKA 4: Berkata Syaidina Ali karamullahu wajhah:Barangsiapa yang d berikan kepadanya empat perkara sesungguhnya dia telah d beri kebaikan dunia dan akhirat: 1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang d haramkan oleh Allah. 2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun. 3)Malu yang meneghnya dari kejahilan org2 jahil. 4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.
ANGKA 5: Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara: 1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2} 2)Kosong perut. 3)Melakukan qiamullail. 4)Memohon ampun d waktu sahur. 5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}
ANGKA 6: Enam cara2 menghindarkan dari iblis: 1)Bertaqwa kepada allah d mana sahaja. 2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah. 3)Selalu berzikir dan berwirid. 4)Memperbaharui taubat. 5)Memperbnyakkan istighfar 6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah d samping asasnya ilmu yang bermanafaat.
ANGKA 7: Tujuh anak-anak rasulullah SAW: 1)Qasim 2)Abdullah 3)Ibrahim 4)Zainab 5)Ruqaiyah 6)Fatimah 7)Umi kalsum
ANGKA 8: Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya: 1)Air mata 2)Merajuk dan suka bermanja -manja 3)Berhias diri dan bergaya 4)Berpura -pura sakit 5)Senyuman 6)Penipuan 7)kata-kata yang manis 8)Mempertakuti bahawa ia akan lari.
ANGKA 9: Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan d kuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut: 1)Sombong atau ego 2)Ujub dan riak 3)Hasad dengki 4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain 5)Ingin berlawan terutama sesama ulama 6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit 7)Pemarah Ingin d hormati {gila puji} 9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.
ANGKA 10: Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput d dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dgan tubuh yang asal dari kubur: 1)Para nabi dan rasul 2)Para ahli jihad{mujahid} 3)Para ahli ulama 4)Para syuhada 5)Huffazul quran 6)Imam atau pemimpin yang adil 7)Muazzin Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak} 9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya 10)Orang yang mati pada siang atau d malam jumaat....

09 November 2010

GADIS-GADIS INGIN TAHU TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA?


Ingin tahu tanda-tanda lelaki kalau sedang jatuh cinta? Begini katanya….

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan
kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya..
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya.
4.. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-geri kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan
seluruh perhatian kepadanya.
9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia kadang-kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanya
lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting
dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sihatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan
sanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23.. Tidak semua laki-laki sanggup meneteskan airmata hanya untuk seorang wanita.
Hargailah insan bergelar lelaki…

04 November 2010

Antara FAdhilat Menjadi Isteri



Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Hak Cipta