hiasan


25 April 2011

10 sebab perempuan tak respect lelaki

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR

13 April 2011

DOA SEORANG ISTERI


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu

Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku… Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Hak Cipta