Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai
pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki
tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama
apabila dia sedang berbual dengan wanita.
1 Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-
anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang
mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga
sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.
2 Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila
berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik
ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.
3 Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda
boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau
cinta.
4 Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa
cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup
untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai
bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif
dan baik hati.
5 Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini
melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka
mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga
pantang mengalah.
6 Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga
sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak
kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.
7 Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada
jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan
orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.
8 Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang
suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut
asalkan ia tidak menimbulkan masalah.
Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk
mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk
menghadapi sebarang kemungkinan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan