hiasan


03 Februari 2011

Pemimpin yang sejati


Pemimpin yang sejati itu
dilantik bukan kerana menonjol diri
bukan hasil melobi
Tapi kerana pautan hati
sebab dia ada karisma dan bagus personaliti.

Jarang jarang kita dapat pada akhir zaman ini,
seorang pemimpin yang berhimpun padanya
sifar sifat adil, mesra, kasih sayang dan pemurah.

Tak akan berlaku adil
seseorang pemimpin Islam
jika dia tidak ada rasa takut akan ALLAH
dan tidak bimbang dengan dosa.

Pemimpin yang takut ALLAH,
akan minta di bantu untuk menegakkan kebenaran
dan minta di tegur kalau bersalah.
Ia tidak menyebut jasanya,
dan tidak banyak membuat janji janji manis.

Berani waktu berkuasa,
bukan keberanian yang hakiki dan semula jadi.
Keberanian yang hakiki dan semula jadi itu
ialah berani menegakkan kebenaran,
bila bila masa dan di mana saja
sekali pun tanpa kuasa.

Bilamana dalam satu bangsa itu sudah terjadi berparti parti,
setiap parti hanya bergaul dengan partinya saja,
tandanya bangsa itu sudah berpech belah.

Kebanyakkan pemimpin rosak selepas berkuasa,
kerana tidak tahan berhadapan dengan pangkat
dan harta.

Pemimpin politik orang hormati sewaktu ia masih berkuasa,
apabila tidak ada kuasa orang tidak ambil peduli,
tidak saperti pemimpin agama,
ia di hormati sampai mati.

Antara kelemahan seorang pemimpin politik itu ialah
pengikutnya takut kepadanya kerana kuasanya
bukan kerana hormat kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hak Cipta