hiasan


02 April 2010

Kemanisan Iman


Adakah kita menyayangi isteri atau suami kita, atau pakwe atau makwe kita, lebih dari kita menyayangi Allah SWT dan Rasullullah SAW? Atau adakah kita menyayangi suami kita pasal dia banyak harta atau hensem (macam Richard Gere), atau kita menyayangi isteri kita pasal ia muda dan banyak cantik?

Adakah kita menyayangi anak-anak kita hanya kerana Allah SWT atau sebab mereka itu sangat "cute" dan sebab mereka adalah dari darah daging kita sendiri? .

Adakah setelah kita bertaubat akan kesalahan dan dosa-dosa kita yang telah lalu, kita akan berbuat perkara yang berdosa itu lagi? Atau adakah setelah kita memeluk ugama Islam, kita akan murtad dan kembali kepada "ugama" asal kita?

Dengan menjawab soalan-soalan di atas dengan ikhlas, kita sendiri akan mengetahui sedalam manakah kemanisan iman kita.

Sekadar renungan untuk saya....

Wallahu'alam. ..

P/s : Hanya dengan hidupkan sunnah nabi kita akan nampak...jom kita cuba baiki diri kita

sama2 kalau ada salah silap harap tegur untuk kebaikan bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hak Cipta