PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa. Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang. Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.
Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.
2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.
5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.
12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. 13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga. 15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?
16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.
18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.
19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.
20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.
21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya. 24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.
26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.
27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.
28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.
29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.
31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.
P/S : ini hanya kajian sahaja sama ada betul atau tidak hanya anda sahaja kenal akan diri anda sendiri....
hiasan
21 April 2010
Kenali Karakter melalui Tarikh Lahir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan