Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang
Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah
SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga
Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang
Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang
Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat
Jembalang,
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang
Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua
Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara
Menunggu Akhirat,
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk
Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya,
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan
Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan
Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan
Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh
Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang
Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan
Dijaga Meneruskan,
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buai
an Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
so, jadilah lelaki yang bertaqwa yang jelas fikrahnya n memberi sumbangan kepada agama..
keayuannya, keremajaannya, serta
kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi...
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan
pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana
dia takut memberi kesempatan kepada
syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah
pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan.
ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu dari kita kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik.
pandanglah insan lain dengan pandangan ihsan dan janganlah dikau memandangnya dengan pandangan khianat kerana itu lebih baik buatmu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan